Little Girl
SPM LEAVERS
Thursday, March 5, 2015 | 0Superstar (s)!

ASSALAMUALAIKUM GAIS!


Hey there! Gila engko, bapak lama aku tak update blog. Last post pun 11 December 2013 wei. 2013. Haha 2 years ago beb. And sekarang ni aku ambil keputusan nak active ber-blog. Okay tak eh?  OMG wei, rindu gila dengan blog guwa ni. Gentle lah guwa rindu. So, today aku nak bercerita pasal diri aku yang sekarang ni :)

So, sekarang aku dah habis sekolah. SPM leavers katako. What? Result aku? So so lah. Okay je, aku bersyukur walaupun pada mulanya aku menangis teruk gak lah kat bilik hahahaha. Aku checked guna SMS je sebab sekolah buat majlis pukul 2.30 ptg. Lambat kan. So, memang berdebar gila doh. Dapat je SMS tu, aku cam terkejut gila baca result aku. Terkejut bukan sebab straight A's tau. Aku terkejut sebab aku tak capai target aku emm. Aku dapat 3A+ 1A 1A- je emm sedihkan? Yang lain, biarlah rahsia. 

Lepas je dapat result, aku terus lari masuk bilik then nangis-nangis. Haha, mak aku masuk then tenangkan aku. Nangis teruk gak masa tu LOL. Dalam setengah jam aku nangis, pastu aku okay lah. Dalam pukul 1, pihak sekolah call mak aku. Mak aku dijemput hadir ke majlis sekolah. Alhamdulillah aku jadi salah seorang pelajar cemerlang SPM 2014 :) Aku bersyukur walaupun result aku tak seberapa. Mungkin Allah dah takdirkan, aku cuma dapat tu je. Allah is the best planner. Thank you Allah.

So lepas dapat result ni apa aku buat? MEREPUT LAH BRUH. Hahahaha. Bosan gila wei. Ye la, nak tunggu tawaran pun biasanya dapat bulan 6 camtu. Memang mereput. Act, sekarang pun tengah mereput. Bosan gila doh. Haha. K la aku dah speechless. Bye geng. Love yaa ❤

PERPISAHAN INI
Wednesday, December 11, 2013 | 0Superstar (s)!

 
 
Hai peeps. Nampak tak tittle entry ni? Hmm. Act, tiada siapa pun yang nak berpisah. Ingat lagi tak aku ada kata aku ada buat puisi kat PPR tu? Siapa yang tak tahu lagi PPR tu apa, boleh lah baca entry aku sebelum ni k. Ada kat bawah tu. Nampak kan? So, hari ni aku nak share la puisi yang aku buat tu. Tapi, aku minta maaf sebab aku bukan seorang yang puitis. Jadi, ayat aku tak adalah best mana pun. So, nahh bacalah.
PERPISAHAN INI

Sahabat
Mengapa terjadinya perpisahan ini?
Tegakah dikau melihat ku sendiri?
Bertatih menempuh cabaran seorang diri .

Sahabat
Kini hanya tinggal kenangan
Yang bisa ku layarkan .

Akalku digaru ingin tahu
Adakah dikau tenang di sana?
Hanya tuhan yang tahu .

Sahabat
Aku merinduimu
Rindu tawamu
Rindu candamu
Rindu sendamu
Sungguh aku rindu !

Sahabat
Ku relakan pemergianmu
Hanya kepasrahan mengiringi
Doa tulus ku panjatkan pada Ilahi .

Kini ku sedari
Setiap pertemuan
Pasti ada perpisahan .

Karya : Hana Izzati

Yes, itu nama pena aku. Aku tak tahu kenapa aku suka dengan nama tu. HANA IZZATI. Act, nama aku tak ada kena mengena dengan Hana pun. Zana ada lah. Izzati tu memang nama aku lah kan. Hmm. Sebenarnya, puisi ni aku buat untuk arwah Zubair. Dia kawan lelaki aku. Dia sangat baik orangnya. Dia meninggal pada bulan Ramadhan tahun lepas. Dia classmate aku masa darjah 6. Dia meninggal bukan sebab sakit. Biarlah dia tenang di sana. Dia memang baik. Aku rasa bersalah sangat sebab tak sempat nak minta maaf dekat dia.

Sebelum dia meninggal, dia ada suruh aku buatkan folio. Aku ingatkan dia main-main. Rupanya dia serious. Masa tu aku cakap lah "Alaa kau buatlah sendiri". Ya Allah, aku menyesal sangat. Last-last aku dapat tahu yang dia suruh Najwa tolong buatkan folio dia. Sedih sangat. Bila aku dengar khabar dia meninggal, banyak hari jugak aku kurung diri dalam bilik. Sumpah sedih gila. Kawan aku tu dari sekolah rendah.

Aku ingat lagi dia ada tanya tips-tips belajar kat aku. Kalau tak silap aku, dia tak sempat nak ambil trial PMR. Ya Allah, sedih sangat bila teringatkan conversation kami. Tak apalah, yang dah pergi, kita biarkan dia pergi. Kita yang hidup perlu teruskan perjuangan. Kan? Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

PERKAMPUNGAN PENULIS REMAJA
Sunday, December 1, 2013 | 0Superstar (s)!

Assalamualaikum peeps :)

Apa khabar? Aku hmm on the way nak demam. Dah bersin banyak kali. Act, aku baru balik dari Perkampungan Penulis Remaja di Bagan Lalang, Sepang. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia selama 5 hari 4 malam. Hmm kem ni sangat best! Act, aku pergi pun sebab akak aku yang ajak. Sekolah akak aku dalam negeri Kuala Lumpur. So, aku wakil Keyel lah. Nama aku dalam buku aturcara pun sekolah dekat SMK Puterijaya. Pun bolehh. Semua negeri ada kecuali Sarawak. Best (Y)

Sampai je kat sana, pergi lepak kat pantai tu dulu sebab check-in pukul 3. Makan dulu kat pantai tu. Best. Then, pilih bilik. 1st tu dia bagi sorang satu bilik sebab 1 bilik tu mesti ada wakil dari negeri lain. 1 bilik 3 orang. Roommate aku dari Pahang dengan Selangor. Nama dia Meyna dengan Suhailah. Okey la diorang. Baik dengan aku.

Petang tu kitorang minum petang. Then malam macam ice breaking la. Bagi-bagi kumpulan. Aku kumpulan 10. Shahnon Ahmad. Keesokan paginya pulak kena solat subuh berjemaah dekat surau. Nasib baik surau dekat je. Aku turun pukul 5.30. Ngantukk. Haha. Lepastu, siap-siap then pergi senaman pagi. Best lah. Pastu pergi breakfast kat dewan makan. Makanan kat situ sedap belaka. Al-maklumlah makanan hotellah katakan. HihihihI.

Then, dengar ceramah sampai pukul 12 tengahari. Makan tengahari dan solat. Pukul 2 masuk dewan balik. Dengar ceramah sampai pukul 5. Ceramah yang ada seperti puisi, pantun, cerpen, penulisan kreatif, berita, laporan. Aku ada buat sajak. Huhu. Petang tu ada aktiviti riadah. Ada aktiviti ala-ala sukaneka. Best sangat. Lelaki mewakili Team Shasha. Perempuan pulak Team Sazali. Haha. Kat sana, ayat "macam comel jer" sangat popular. Hehe.

Hari ketiga tu, kitorang senaman dekat pantai. Senaman ke? Haha just joging je. Lepastu, kitorang pergi ke Bukit Jugra. Melawat muzium balai polis lama. Eh ye ke? Aku tak ingat nama tempat tu. Hehe. Ada 6 bas semuanya. Aku bas 2. Kumpulan 10 (perempuan) dengan kumpulan 3 (lelaki). Masa pergi tu tengok cerita Highland Tower. Haha. Lepas pergi muzium tu, kitorang pergi Istana Sultan Alaidin. Ada 44 bilik. Memang besar gila lah istana tu. Lepastu pergi Kerepek House. Diorang borong sakan, Aku just beli jeli kelapa je. Hahahahaha.

Sampai hotel balik pukul 7 lebih. Memang rushing gila mandi time tu. Malam tu makan BBQ dengan cikgu-cikgu. Sedap-sedap jugaklah. Pastu masuk dewan. Malam tu kitorang kena buat laporan. Kena bentangkan dalam cara apa yang kitorang dah belajar selama kat sana. Kumpulan aku buat dalam bentuk sajak. Okey laa~

Esok tu, macam biasa lah senaman dan sarapan pagi. Then dengar ceramah yang terakhir iaitu cerpen. Dalam banyak-banyak ceramah, aku rasa ceramah yang tu paling best. Hahaha. Lepastu ada sesi refleksi diri. Komen-komen la pasal kem tu. Ada budak ni nyanyi lagu Sandiwara Cinta. Satu dewan tu nyanyi ramai-ramai. Best sangat.

Petang tu, ada raptai. Ada yang buat persembahan. Aku kena ambil sijil atas pentas. Wakil kontijen Kuala Lumpur. Ketaq jugak lah masa raptai tu. Hahahaha lol. Malam tu ada jemputan khas iaitu Timbalan Pendidikan 1. Aku tak ingat lah nama dia. Ada TV3 datang jugak. Kem ni masuk tv okeyy. Hahaha. Persembahan best sangat. Ada movie maker, bicara berirama, berita, lakonan, tarian, seloka, pantun. Lakonan yang paling best. Lawak gila. Haha. Masa ambil sijil tu takut jugaklah. Hahahaha.

Lepas habis semua tu, mulalah sesi bergambar. Kumpulan aku dapat anugerah kumpulan paling tabah. Tabah lah sangat. Hahahaha. Masing-masing bergambar. Tak lupa juga aku. Hihihihi. Malam tu diorang bising sangat. Menyanyi-nyanyi. Malam last la katakan. Ada yang bawa gitar. Tapi, aku tak join diorang sebab ngantuk sangat. Pagi tu, lepas sarapan ada yang dah balik. Sedih sangat time tu. Kitorang bersalam-salaman. Sedihh :'(

Dan kini, kami still contact. Duniakan dah maju? Wechat ada, Facebook ada, Twitter ada. Kat Wechat dengan Facebook siap ada group lagi tau. So, kesimpulan yang dapat diambil, aku dapat banyak ilmu sepanjang berada di kem tu. Aku dapat mantapkan lagi sajak yang aku buat tu. Mungkin satu hari nanti ada antara kami akan menjadi seorang sasterawan atau sasterawati. Mudah-mudahan. Tak lupa juga, aku dapat ramai kawan di sana. Ada 140 orang kan, so aku dapat 139 orang lagi kawan baru :)

So, di bawah ialah gambar-gambar yang bisa ku tontonkan pada kalian :')

Cari aku! Haha. Nampak gemuk mehh.

Last day :'(

With Noorly. Lepas ambil sijil :)

With cikgu-cikgu. Tudung purple sebalah kiri tu akak aku. Budak comel berbaju hijau tu Hazim. Comel :*

With Meyna :)

Kumpulan 10!

Tag yang wajib dipakai :)

Last day. With Meyna.

Last day with Suhailah.

Last day with my roommates :')

Last day with Noorly.

Me. Berkaca mata. Lain kan rupa aku?


So, that's all for today. Best sangat kem ni. Hope next year ada lagi :)

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Hanya doa tulus yang mengiringi. Terima kasih sahabat :')

Birthday Girl!
Tuesday, November 5, 2013 | 0Superstar (s)!


Hello. Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Hehe. Apa khabar kamu sekalian? Ana khabar baik sahaja. Tersangat LOL. Hmm act, dua hari yang lepas merupakan hari jadi aku. Nak di jadikan cerita, aku celebrate sehari sebelum iaitu pada 1 November 2013 bersama rakan-rakan tersayang. Ekekeke. 1 hb tu hari Jumaat. Sekolah aku ambik cuti. So, kitorang apa lagi. Merayap je la. Kami pergi ke Bahau. Bahau pun boleh lah setakat nak hang tu kan. Setelah mendapat persetujuan, kami pergi ke Bahau dengan menaiki van Palong Dayana. Hmm pun boleh. Kesemua sekali yang pergi berjumlah 12 orang. *Apa pasal ayat aku macam buat karangan BM ni? Skema semacam -_-

Okey. Kami sampai di sana dalam pukul 11 macam tu la. Tak ingat lah pulak. Hehe. Pastu, terus pergi Cinema. Kononnya nak tengok Highland Tower. Tapi kat sana tak ada lagi. Then, kami pilih untuk tengok cerita Insidious 2. Lepas beli tiket, kitorang ke tempat karaoke. Memandangkan kami ramai, kami memilih bilik VIP. Kau hade? Hahaha. Besar gila kau bilik dia. Kebetulan kat dinding bilik tu ada tulis 'HAPPY BIRTHDAY'. Okey sangatlah tu. Hahaha. Kitorang melalak satu jam je. Tu pun rasa macam tak puas. Hahaha.

Habis karaoke terus pergi Cinema. Hmm. Kan kitorang pergi hari Jumaat kan? So, Kiara tu clear daripada kaum Adam. Haha. Dalam panggung tu hanya ada kami 12 orang dan 2 orang perempuan. So, total 14 orang. Cerita dia, gila bapak kau seram nak mampus. Hahahaha. Terjerit-jerit habis la kitorang. Peduli apa kan. Tak ada orang. Habis movie tu dalam pukul 2 lebih. Kitorang pergi solat Zuhur dulu. Pastu, kononnya nak pergi la makan kat Marrybrown. Sekali, ramai orang daa. Kitorang pergi ke Nasi Ayam Gemas je. Pastu orang kat situ mula la pandang-pandang sebab kitorang ramai sangat. Eleh, peduli apa kitorang. Lantak lah hai.

Then dalam pukul 4 lebih kitorang bertolak balik. Orang van tu turunkan aku kat rumah Anis. Lepas semua orang balik, Anis ajak aku pergi kedai kek. Dia belanja kek! Hehe. Walaupun hanya kek slice, aku tak kisah. Aku tetap hargainya. Sayang kau Nis :*

Malam tu aku balik rumah Pedas. Tidur sana. Tepat 12 malam, orang wish. Hehe. Thanks korang :** Hmm. Ada sorang ni, tak ingat kat aku agaknya. Dia tak wish :'( K takpe. Maybe dia tengah berseronok kat sana. Tak apa. Aku okey :') Esoknya aku pergi Melaka. Pergi MITC dengan Mydin je. Huhuhu.

Hmmm tu je la story pasal Birthday Girl. Hahaha lol. Hadiah untuk tahun ini tiada. Hmm kk. Ha! Nak share something. Aku baru buat cover Tetap Menantimu - Nomad. Cover pertama dan video pertama yang di-upload di YouTube. Thanks to Wanny yang sudi buatkan vid ni. Nah tengoklah.




Sudi-sudikanlah tengok k. Kalau nak tinggalkan comment pun boleh. Hmm sorry sebab tak letakkan gambar kitorang hang. Gambar kat hp budak-budak ni. So, sampai di sini sahaja. Sekian :)

Happy Birthday To Nur Izzati Farzana binti Ismail! Dah tua dah aku ni :")




MERDEKAA!
Wednesday, October 23, 2013 | 0Superstar (s)!

Assalamualaikum peeps. Heyy. Apa khabar? Aku alhamdulillah khabar baik. Hee. Lama tak update blog kan. Rindu lah sama wa punya blog! Aku nak bagitahu ni. Yang aku dah habis Final Exam. Sesungguhnya, aku berasa sungguh lega. Kalau tak, berperap je lah aku kat dalam bilik sebab nak study. Korang bayangkan k. Aku exam 3 minggu kut. TIGA MINGGU. Lama woo. Dan hari ni, berakhirlah semua penderitaan aku untuk tahun ini. Haipp. Jangan nak merdeka sangat tau geng-geng 1997. Kita ada lagi satu tanggungjawab besar tahun depan. Tak lama lagi tau. Pejam celik, pejam celik dah sampai. So, get ready je lah k korang.

Korang yang bakal menduduki SPM tahun ni tu, good luck k. Semoga korang dapat jawab dengan tenang :) Hee. Budak UPSR dan PMR dah settled. Tinggal SPM je lagi. PBS tak payah cakap lah. Tak pernah settled. Haha. Ni nak cerita dekat korang pasal Final Exam aku. Hmm. Serious susah! Addmath last paper. Kertas 2 punyalah susah aku cakap ngan kau. Dengan log nye aku tak paham. Aku kosongkan jawapan untuk semua soalan log. Sebab kitorang tak habis belajar dan aku tak berapa nak faham. Haha. Bukan aku sorang je. Budak-budak ni pun sama lah kut. Kut je lah. Haha.

Satu lagi Kimia. Omaigadd. Sangat susah. Aku rasa aku macam failed je Kimia. Hmm sedihh pedihh :'( Yang lain, biasa-biasa je kutt. Tapi, tak senang k. Ada yang susah jugak. Hmm. K abaikan je lah. Just tawakal je lah yang mampu. Tawakaltualallah :')

Okey cerita seterusnya yang aku nak cerita ialah NOMAD! Korang kenal dia? Kalau tak kenal, pergilah tanya Pak Cik Google k. Hehe. Nomad ni, handsome, comel. Ahh. Melting waa bro. Ada satu malam tu. Aku terrjumpa twitter Nomad ni. Disebabkan aku peminat dia, aku pun follow lah. Then aku mention dia macam ni 'Nomad nomad nomad :)'. Dan yang paling aku tak sangka, dia reply tweet aku dan follow back twitter aku beb! Memang rasa macam WOW! Excited gila akuu. Hee. Dan sejak tu, aku mula la stalk dia. Semua cerita pasal dia aku tahu.

Korang nak tahu tak? Kat kelas aku ada budak baru. Nama dia Mohd Izzuddin. Dari Terengganu. Masa first dia masuk, aku tak datang sebab demam :'(. Esoknya aku datang. Kata budak ni, Izzuddin tu handsome. Hmm boleh tahanlahh. Ada ke patut budak ni kata muka dia macam muka aku? Haha. Dari tepi lahh. Lawak je. Agaknya sebab mata kitorang sama-sama sepet kut. Hee. Nama pun dah dekat-dekat. Dan muka dia sebijik macam NOMAD! Super Wow gituu. Dia sangatlah tinggi. Lagi tinggi dari Naim rasanya. Sejak dia masuk, ramai lah budak yang lalu-lalang kat depan kelas kitorang, Double please dehh -..-

Haha. So, that's all for today. Next time aku story lagi k. Tu pun kalau korang sudi singgah dan baca entry aku. Kbye peeps. Love yaa

I'M SO ADDICTED TO YOU DEAR NOMAD



Hello :D
Thursday, September 19, 2013 | 0Superstar (s)!

 
 
Hello peeps. Baru je lagi aku update kan? Sokey la. Saje nak update lagi. Act, tak ada apa-apa pun yang aku nak cerita. Tapi just nak bagitahu. Aku dah DEACTIVATE Twitter aku. Sebabnya?
1. Final exam makin dekat T.T
2. Aku leka -..-
3. Twitter sangat best dan buat aku ketagih :3
4. Kerja sekolah banyakkk oo! -_-
5. Sebab-sebab tertentu yang agak private :)
Ya memang sejak aku ada Twitter, aku agak leka. Bagi aku, Facebook dah tak ada apa-apa. Kosong je rasa. Hm hm. Mungkin aku sorang je yang rasa kut. Orang lain tak tahulah macam mana. Cerita pasal Final Exam. Aku exam 7 Oktober 2013. PMR 2 Oktober 2013. Okeyy, aku ex-PMR Candidates k :)

Serious, aku tak ready apa-apa :'( Silibes pun banyak yang belum habis. Macam Fizik, cikgu Zainab dah bersalin. Tahun depan kitorang sambung balik mana yang tak habis. Bio, setiap Isnin dan Khamis ada class. Sebab nak habiskan silibes. Hm hm. 

Okeyy la bro. Wa cau dulu k. Tak tahu nak bebel apa dah. Boboi :*

Blurr -,-'
Thursday, September 5, 2013 | 0Superstar (s)!

 
 
Hey peeps. Lama gila aku tak update blog. Actually, blog aku baru sahaja bertukar wajah. Tapi, ada cerita sedih coz cbox aku dah tak ada apa-apa mesej dah. Korang pun nampak sendiri kan? Yes, memang kosong. Aku bukannya baru buat blog. Tapi baru buat cbox yang baru. Sebab haritu aku edit-edit blog nie. Then boleh pulak terdelete HTML code cbox tu. Hadoi. Terpaksa buat yang baru.

Aku tak ada cerita apa pun sebenarnya. Just saja je nak buat entry. Kenapa dengan post title aku tu ye? 'Blurr -,-'' Okey. Aku seorang yang blurr a.k.a. loading --'. Sangat loading. Tapi, itu bukan cerita utamanya k. Ehh, lupa nak cerita. Dekat sekolah aku ada lah budak baru. Act, takde la baru sangat. Awal tahun laa. Budak form 1. Boleh dia kata menyesal masuk sekolah kampung macam sekolah aku? Wahai adik, kalau menyesal adik boleh pindah k :)

Itu yang lebih mudah right? Kenapa dia perlu cakap macam tu? Okeyy. Pedulikan. Cukup sampai situ cerita pasal dia k? Aku sekarang ni dah tak active berfacebook. Tapi, aku lebih active bertwitter. Kenapa? Sebab aku rasa Facebook dah macam tiada apa-apa. Kosong, kosong, kosong. Aku cuma gunakan Facebook untuk stalk orang sahaja. Stalk siapa? Eh, adalah! Hee :D

Hurm. Esok hari Jumaat. So, malam nie malam Jumaat. Tapi, bukan itu ceritanya. aku nak cerita pasal besok. Petang besok. Kelas 4 Abrar nak buat jamuan hari raya. Yeayy! Hehe. Terover sudah. Sorry. Cikgu Rohani suruh pakai baju kurung. Tapi malas lah. Sebab balik dari sekolah tu aku nak pergi pasar dengan budak-budak nie. Takkan nak menapak dengan berbaju kurung tu kan? Mereban je --'

Kitorang dah buat T-shirt kelas! Tapi baru tempah je. Jealous dengan budak kelas 4 Adil yang dah ada T-shirt kelas diorang. Cantik. Colour purple gitu lorhh! Favo tuu. Kitorang punya maybe siap pada bulan hadapan or november. Birthday aku tuu! Hahaha. 2 november k. Take note!

Haha. Okey, that's all for today. Next time aku update lagi yup. Kbye :3

Sunday, July 14, 2013 | 0Superstar (s)!



Hey there. Lama gila aku aku update blog. Sorry kayy. Ala, lagipun kalau aku update bukan orang nak baca sngat post aku kan? Betul tak? Haha :D Hurm, hari ni 14.7.2013 bersamaan 5 Ramadhan. Yeay dah nak raya! Tak sabar pulak nak raya. Hehe. Baju raya aku baru beli semalam. Warna dia ala-ala coklat + hitam + kelabu gitu. Cewahh! Haha. Cantik. Saya suka! Saya suka!

Hari ini aku tak nak specific kan apa yang nak aku cerita. Aku cerita meluas k tentang hidup aku. Hehe. Aku baru lepas mid-year. Act, takdelah baru sangat pun. 2 bulan sudah berlalu. Teruk k keputusan. Fizik jangan cakaplah. Huh! Sabar je lah. Tapi masa tu aku tengah pergi Coding-Camp k. Camp tu best gila kot. Memories :)

SAPS. Takut? Haha. Rilex. Chill. Aku dah cek. Aku dapat nombor 5. Dalam kelas and tingkatan. Teruk k teruk. Eh, korang cuba tengok twitter aku. Background aku. Gambar Ameerais Forteen! Handsome k. Haha. Kalau Nadia tahu aku buat gambar Ameer jadi background aku, mahu dia marah aku. Haha.

Hurm k lah. Aku dah tak ada idea nak tulis apa. Babai :*


Cuba selesaikan ni :
10 + 5v (4e - 2e) - 9 + 19u - 18u
Anda akan dapat jawapan :
1 + 10ve + u :*

Two Thousand and Thirteen :)
Sunday, February 17, 2013 | 0Superstar (s)!


Hola holi ku beri nama saudara saudari cikebum cikebum . ehek ehek . mengarut sudahh . ehemm . lame tak update blog terchenta aku nie . asyik berubah wajah je . tapi post nya still tak berubah2 . haha . okeyy , let's begin our story . sekarang dah 2013 kan ? hurm3 . rindu la kat 2012 . banyak gila kenangan kott . nak2 pulak time program form 3 . best sangat . susah nak lupa . sedey :'(

hurm . 1st day skula kitorg ade orientasi form 4 . act , 2 hari orientasi dijalankan . lepastu kitorang masuk kelas . macam tak percaya je kelas kitaorang 40 orang kay . 40 orang . da la kelas sains . mane boleh ramai2 right ? aku ambil 9 subjek . 5 teras *not include Science* , 4 elektif . yang 4 tu ialah Biologi , Kimia , Fizik , Addmath . hurm3 . fizik susa !

lepas start belajar ramai la yang mintak nak turun kelas . nak masuk akaun . act , kelas akaun memang sikit gilaa . aku pulak , menunggu tawaran ke sbp . bila result sbp da keluar , aku tak dapat . HAMPA GILA kayy ! HAMPA SESANGAT . dak skula aku Anis , Ainur , Nabila , Izhar , Addin yang dapat tawaran . untunglahh diaorang . nabila dapat sains rembau . aku pun mohon sana tapi tak dapat :'(

bila last day diorang kat smkbbs , kitorang buat la sesi salam2 nie . sampai dekat anis , aku nangis sambil peluk dia . haha . touching sudahh . ye la . aku rapat gila ngan dia kot . selalu share problem , story dekat dia . dia pulak selalu jadi pendengar setia aku . haha . so memang sedih . petang tu kitorang ade pot luck dekat rumah neena . aku datang sekejap je coz nak g ke tempat lain with my family . tapi memang best gila . macam2 makanan ada . hehe .

nak tau tak ? kelas aku dulu 40 orang kan ? sekarang tinggal 20 lebih je . sebab ramai yang pindah . ade yang masuk vokasional , masuk sj , sbp . hurm3 . aku ? tengah tunggu rayuan sbp . hujung bulan nie la result keluar . mengharap kayy mengharap . mrsm pulak tak dapat . hurm3 . kesian betul .

hurm kayy la . gtg . aku nie kalau da membebel memang payah nak stop kayy . kbye :*

Result PMR ~
Thursday, December 20, 2012 | 0Superstar (s)!

hey ! lama da tak update blog . hewhew . meh sini aku nak cerita pasal result PMR aku kayy . okey . semalam 19 Disember 2012 keputusan PMR dikeluarkan . so , seminggu sebelum tarikh tu pun dah rasa debarannya . haha . then malam sebelum rabu tu aku dah tak lena tido dah . haha . main game je lah keje aku tok tenangkan fikiran yang agak stress tu . haha . aku rasa dekat pukul 4 pagi jugak baru aku dapat tido . hewhew .

okey pagi tu aku bangun awal lah jugak . sekolah aku buat majlis pukul 2 petang . so , kenalah tunggu . mak aku dah tak sabar nak tengok result aku . sampai mak aku telefon pejabat sekolah nak tanya keputusan aku sebab lambat sangat kan . haha . then , kerani sekolah aku kate kena datang sekolah pukul 2 jugak . hakhak . then angah aku try guna sms . punyalah lambat dia reply kan . aku dah risau dah time tu sebab sekolah akak aku just 6 orang je yg dpt 8a . tu yang aku risau . 

time tu aku text anis dengan nadia . tok bagitahu khabar tu . haha . masing-II dah risau . haha . then anis cakap sekolah kitaorang ada 7 orang yang dapat 8a . aku dah mula kira-II sape yang dapat 8a tu . adakah aku antara yang dapat 8a ? haha . then anis ckp dia dah tahu sape yang dapat 8a . aku dah tak sabar nak tahu . so mereka ialah Ainur , Izhar , Anis , Izzati , Nadia , Mala , Nabila . alhamdulillah nama aku ada . seronok sangat . mak aku terus peluk aku . haha . anis cakap cikgu suhaila yang text dia . aku mintak nombor fon cikgu suhaila for sure kan .

so , aku telefon lah cikgu . cikgu kata memang aku dapat 8a . aku tanya lah betul ke nie cikgu . haha . cikgu cakap betullah . result betul-II depan mata cikgu . haha . seronok sangat . pastu barulah sms tu reply . aku dapat 8a :) heee . mak aku terus bagitahu sedara mara aku . haha . pastu nak makan pun dah tak lalu sebab tak sabar nak tengok result aku tuh . haha . then siap-II . angah aku pun pergi .

hehe . sampai dekat sekolah jumpa kawan-II . semua cakap tahniah . happy gilerr . ade 7 orang yg dpt 7a . 6 orang yg 6a . 6 orang yg dpt 5a . okey la tu kan . happy sangat sebab dapat jumpa kawan-II . hehe . pastu masuk dewan . pengetua berucap dulu . then penyampaian result 5a , 6a , 7a and 8a . kena bawak parents naik pentas . time name aku boleh plak cikgu salah sebut nama ayah aku . dia panggil nama aku Nur Izzati Farzana binti Zainal Abidin . what thee . pastu baru dia betulkan . Nur Izzati Farzana binti Ismail :) mak time tu da bangun , duduk balik . haha .

pastu dak-II nie bising-II dah . time nak naik pentas tu senyum je . sampai nampak gigi . kuangkuang . semua cikgu aku salam . pastu amek gamba beramai-II . seronok sangat-II . then aku balik . pas solat asar aku gi bahau . hehe . pegi celebrate . hakhak . makan kfc je ~ tp best lah . tengah happy kan . haha . seronok sangat kayy . kayy jom tengok gamba :)


kayy nie budak yang dapat 8a . aku yang tepi sekali sebelah kanan :)


haha . aku yang poyo tunjuk result bersama emak :)


hurm okey lah . tu je yang mampu aku share kayy . aku ucapkan terima kasih banyak-II kepada semua yang pernah membantu terutama cikgu-II , keluarga , dan tak lupa kawan-II aku . thanks banyak-II . sayang korang :* . kbyee ~
Syukur Alhamdulillah . Aku dapat ape yang aku nak . Belajar kat mana-II pun sama je kan . Pokok pangkal pada diri sendiri . Terima kasih kepada semua yang pernah membantu .
*mood --> happy sangat ! senyum sampai telinga :p*

Lepas PMR ~
Monday, November 12, 2012 | 0Superstar (s)!

hey . lame tak update blog . sejak start PMR aku tu . hehe . cite pasal PMR ? okey je . untuk pengetahuan korang , paper english n b.melayu susa beb ! haha . sejarah n geografi paling senang . ecece belagak sudah :p macam-II aktiviti pas pmr at skula aku . cerita yang aku nak story kat sini , pasal last day dekat skula aku . nope , minggu terakhir ~
hari rabu tu ade pertandingan bakat terpendam . khas untuk form 3 . sekolah 'jiran' aku ade anta budak jugak . so , kitorang kene besaing ngan dyorang . ade pertandingan  nyanyian solo , nasyid , laung azan dan sajak . aku took part dalam contest nyanyian solo n nasyid . hehe . aku kene nyanyi lagu irama malaysia . aku nyanyi lagu dikir puteri . aku punye giliran yang ke-5 dari 10 orang peserta :) nasyid pulak ke-3 dari 5 pasukan .
time nyanyi , ade terlupa lirik ! haha . padahal da bawak lirik at tangan . tapi , gelabah punya pasal . huh ! sabo je la ~ nasyid pulak kitorang nyanyi 3 lagu . aku ngan isza penyanyi utama ~ hehe . lagu adamu , doa perpisahan n satu lagi ape tah . haha . lupe tajuk =,=' . time lagu doa perpisahan uh , masing-II tak ingat ! haha . lawak je . tapi yang lain okey .
time umum keputusan . nyanyian solo , aku dapat nombor satu ! jyeah ! nasyid nombor dua . okey la tu kan ? aku pakai baju budak pantun , so markah pakaian lebih sikit lah ! :p hehe . then , amek gamba je . masing-II buat duckface lah , ape lah ! haha .
okey , last day plak . kitorang janji nak pakai baju kelas . tapi ! aku cari baju kelas aku , tak jumpe-II . ase nak nanges jeh ! haha . aku pakai t-shirt hitam tok cover . hahahaha . tah pape . then amek gamba . gune camera wany . aku ade amek gamba ngan 'kawan' aku . haha . panggil banyak kali tak nak datang . haha . tapi akhirnya dapat jugak :) senyum lebar :D
balik tu , dia terus mesej aku . dia tak kasi aku upload gamba tu dalam fb . fine lah . aku tak upload . tapi , belom sempat download . wany call aku . dia khabarkan cerita sedih ! dia cakap dia terrdelete gamba tu ! sedih sangat . baru nak buat kenangan . hurm , nak buat cane kan . takdir ! tapi tetap sedih .
pagi tu neena bawak kek . ustazah rafidah nak pindah . huhu . sedap kek uh . pakai duit kelas ~ nabila bawak ape tah nama dia . tak tahu . sedap jugak tau ! pandai kawan aku yang sorang nie . 
hehe . nak buat cane kan . 19.11.2012 nie aku nak g PD . rombongan kelas . dekat jeh . haha . bayaran pun murah laa sikit . 2 hari 1 malam . cadang-II nak pegi jusco balik tu . tapi tak tahu lah . 
eh , lupa nak cerita . haritu ade dinner pengawas . tok raikan pengawas form 3 n 5 . kitorang kene wat persembahan . aku ngan dak-II nie wat nyanyian ala-II akustik . ade gitar . gitar azri form 5 . tapi nabila men sikit jeh . haha . action je lebih ! aku jadi main singer ~ hehe . best ! sume suka . hehe . dak nie ade upload dalam fb video tu . hehe .
haritu kan aku pegi PD . pegi funfair kat situ . hehe . aku naik Top Gun . tah pape name die tah . yang pusing 360 darjah tu . haha . aku naik dengan angah . goyang seyh . takot giler . aku da la kurus . terangkat tau tak ! sakit tangan . haha . kaki pon . sepanjang naik bende tu , angah jerit je keje . aku time dia berhenti kat atas tu je ~ lalala . haha . k la . jom tengok gamba ~
nasyid ~ aku yang paling pendek . depan skali ~

aku ~ nyanyian solo .

aku yang pink tu ~ L.O.V.E.

time dinner . bersama kak ain ! cube carik aku !

time nyanyi lagu adamu ~ aku yang depan sekali .

dengan nadia !

okey lah . penat membebel ~ tata ~

Raya 2012
Sunday, August 26, 2012 | 0Superstar (s)!


hey peeps :) selamat pagi aku ucapkan ! hoho . pagi-II buta dah menghadap lappy . hish . teruk betul ! anak sapa la nie ! haha . huh . lama gila aku tak update blog terchenta aku nie . haha . hari nie aku nak story mory pasal raya aku tahun nie . hurm , nak kata best tak best sangat la . nak kata tak best , best jugak la . acano tu ? haha . acantu laa .

hehe . let's begin . aku balik kampung aku kat Rembau tu sehari before raya menjelang . hehe . sebab abah aku kerja -_-' . pastu aku buat lemang and rendang dekat kampung aku . correction pliss . *aku tolong menyemak je kat tempat buat rendang and lemang tu ! haha . aku tolong buat benda lain . aku tolong tengok tv kat atas . haha ! bila petang aku , abang aku , cousin aku dua orang pergi bazar terakhir kat Rembau tu untuk tahun nie . pergi punya ramai . tapi , apa je yang kami beli ? cuma 2 bungkus air kelapa yang menjadi fav. aku dengan seluruh isi rumah . haha . spoilt  =,=' !

malam raya pulak . lepas je maghrib , terus menghadap depan tv ramai-II . haha . kenapa ? korang mesti tahu kan . tunggu pengumuman raya la ! apa lagi kan . haha . lepas dia mengumumkan tarikh hari raya , mak aku dengan cousin aku yang umur 8 tahun tu je yang jerit . haha ! takpelaa . no biggie ~ pastu , bunyi mercun , and segala apa yang sekutu dengannya kedengaran sana sini terutama sekali dekat sebelah and belakang rumah aku . hurrr -__-' . bising yang amat ! kadang-II aku dengki sebab tahun nie pak uda aku tak beli mercun . haha . aku cuma main mercun naga je . tu pun se-packet je . haha . tu pun sebab pakteh aku yang sudi beli untuk anak dia . anak dia pun sedekah lah kat aku . haha . pastu , pukul 11 camtu orang datang takbir . kitorang apa lagi kan . busy dok masak-II untuk jamu diaorang . pastu time takbir aku dengar suara budak-II je . haha . kitorang nie jenis bila semua orang dah blah *bahasa agak kasar , sorry !* kitorang pulak ambil turn untuk habiskan mana yang tak habis . hoho ! then , time tidur memang liat . tengah-II malam baru nk tidur . pastu , time tu jugak budak-II nie sent mesej raya kat aku . haha . banyak aku dapat mesej raye tahun nie ! wink3 :))

pagi raya . huh ! syahdu sungguh . hehe . aku selalu mandi lambat pagi-II raya nie . tunggu sume lelaki mandi dulu . sebab diorang nak pergi sembahyang raya . tahun nie aku warna purple . hehe . ah ! aku setiap tahun purple . aku suka sangat dengan purple . tak tahu kenapa . haha . lepas tu aku pun pakai baju raya and tudung . tahun nie aku menggedik sikit . pakai style anak cik latiff uw . haha . tah la , macam tak jadi je -___-' . haha . aku tak berkesempatan nak ziarah kubur atok aku tahun nie . huhu . sodeyh .

pastu mulalah sesi bermaaf-maafan . hehe . aku memang susah nak nangis part tu . kalau aku nangis , memang susah nak berhenti woii . haha . pastu dapat duit raya . makin aku besar , makin tinggi nilai wang yang dapat . wink3 ! pastu aku pergi raya dekat rumah maklong . belakang jerr . dekat jerr . anak-II dia semua balik . riuh jugak . then g umah sedara mara aku . yang datang kat kampung aku pun tak kurangnya . pastu kitorang ada tangkap gambar ramai-II . jom tengokk !

nie family aku dengan wan n pak uda aku .

nie family aku . hehe .


kfine , gedik ! haha

malam raya pertama tu aku dah balik rumah aku . sebab esok tu aku nak pergi jengka . best . at ctu ade bbq . bunga api sana sini kedengaran . hehe . then , sedara mara aku serbu rumah aku plak . memang bz cuti raya nie . hehe . pastu raya ke-6 aku pergi rumah pakcik aku kat rembau jugak . ade birthday party . anak pakcik aku punye laa . tapi at the same time , celebrate birthday anak dia yang sorang lagi , mak aku and abang aku yang dah lepas tu . haha . then sempat la aku snap-II gambar . jom tengokss ~

dalam kereta sementara beli kek dengan angah aku .

 nie dekat rumah pakcik aku .

posing-II 

pose dengan kereta camry pakcik aku punya . haha .

korang tau tak , hari yang aku pergi rumah pakcik aku nie , aku beraya 7 buah rumah lagi lepas tu . gila ! gemuk la aku kan . haha . setiap rumah jamu mee , kuetiau . perhh ! sodap lak uw . haha . gomok den . rumah terakhir , pergi rumah mak angkat aku dekat linggi . best-II . rindu . anak dia sume da besa-II . dapat main dengan arnab dia . comel . still baby . then esoknya , rumah aku diserbu oleh sedara mara aku lagi . hehe .

so sampai sini je aku membebel pasal raya aku tahun nie . esok dah naik sekolah . tusyen . huh ! buku tak diusik . apa nak jadi la . haha . klaa . bubbye ! selamat hari rayaa ~

Selamat Hari Raya Aidilfitri . Maafkan aku kalau aku ada salah silap :) Jemput datang rumah ^___^' 

trial 2012 !
Sunday, August 12, 2012 | 0Superstar (s)!


lame giler aku tak update blog kan . sian blog nie dok besawang je at internet . hehe . actually aku baru habis trial . nope , belom habis pon sebenarnye . hehe . isnin nie last . 

ary selase last week aku exam bm 1 , bm 2 n geo . okey la . takdela susa sangat kan . bm 2 tu tak expact pon yang soalan mid year kitorang yang kuar . seronok la gak kan . hehe . geografi pulak senang giler . aku memang suke subjek geo pon . haha . aku da dapat markah geo dah . aku dapat 93% . haha . terror tak . haha . (sungguh bajet minah nie !)

rabu pulak exam eng 1 , eng 2 , agama . eng memang susa giler ar . agama tu tak susah sangat ar . tapi struggle dok study je . sebab banyak tajok kan . huhu .

khamis exam math1 , math 2 , sejarah . ya Allah . math susa giler2 ar aku cakap . nak nanges asenye . huhu . da la paper 1 susa . tak cukup mase lak tu . da samapai cikgu cakap ....

"perhatian para pelajar , masa hanya tinggal 1 minit sahaja lagi ."

ape lagi kan . aku tinggal 5 soalan tak buat . tembak sajerrr =,=' . haha . redha je la . haha . sejarah pulak bese2 je kott .

jumaat exam sc 1 , sc 2 je . bese2 je la kott . okeyla jugak .

isnin nie exam khb . aku amek KT . kemahiran teknikal . hoho .

org cakap trial n9 susa . hurm , boleh la tahan . so , no wonder la kalau ade subjek yang aku dapat b keyh . aku dah usaha . biarlah Allah yang tentukan .
byebye !

1st GA: Nikon GiveAway By Ieqah Blog Gajah
Thursday, June 7, 2012 | 4Superstar (s)!






hye . arini aku nak join satu GA . nie rules die .

SYARAT PENYERTAAN: 
♥ Buat satu Post bertajuk : NIKON GIVEAWAY By Ieqah Blog Gajah
♥ Letak banner GA ni di dalam entri tersebut dan LINK kan ke entri ini.
♥ Entri: Saya join Nikon GiveAway by Ieqah Blog Gajah kerana __________________________________ [taip la bape panjang pun korang nak] dan kalau korang nak tepek gambar korang bersama NIKON pun takda hal la ^^
♥ Boleh Follow blog ieqah untuk new update. Da ciap? Tinggalkan link post ohsem korang dekat komen entri ni ye :)
♥ Nak TAG kat kawan boleh taknak pun takpa :D



Saya join Nikon GiveAway by Ieqah Blog Gajah kerana saya memang suka guna nikon dslr . kadang2 jelez tengok kawan2 kat sekolah . diorang ade bawak . lagipun , saya memang nak jadi photographer . selalu dapat tangkap gambar guna ncet je . tapi , camera ncet saya tak cantik pon gambarnya . so , kalau dah ade nikon dslr tu gila ambil gambar je la . hehe . hurm , so memang saya nak sangat menang nikon dslr tu .

okay dah . kbyee ~

Kenduri Kawin !
Saturday, May 26, 2012 | 0Superstar (s)!



hye ! lame tak update blog . okay . ari nie aku nak cite pasal kenduri kawen akak kepade kawan aku @ ketua kelas 3 Abrar . hehe . name die jep . akak die uw kawen . at Serting 4 . blok bape aku tak ingat . mule2 aku datang uma anis . bekumpul at sane . aku pegi nek kete ayah anis . dalam kete tu ade aku , nadia , aqila , ainor , anis . then , kawan aku yang len nek kete cikgu haniza . 

mule2 tu kitorang g kedai kerepek . at ctu2 gak ar .kitorang kene wat folio sejarah . pasal jualan2 kott .
then , amek gamba . ngan acik2 tu skali . hehe . kitorang amek gamba je . tak beli pon . haha . jahat kan ?

then , teros g uma jep . ramai r dak laky skula aku datang . hehe . kitorang makan . sedap la jugak . sebenarnye aritu jep accident . kitorang kire ziarah orang sakit la nie . haha . die xde la terok sangat . juz jahit sikit je at tangan . tu la , sape soh nek moto . tengok aku , lek er merempit nek beskal . haha !

pasto , lepak2 jap . borak2 ngan dak2 nie . then , nak tao tak . aku karoke at ctu . haha . lawak je . nyanyi lagu yuna . hehe . tak de lagu baru . aku nyanyi ngan dak2 nie . takde aku sorang2 de . hehe . syera , wanie , neena n ainor . nyanyi lagu tenda biru . hehe . bez2 .

kitorang memang giler begamba cket . nak2 plak ainor bawak DSLR die . ye la , time nie la kite nak happy2 . waktu remaje memang bez ! jom  tengok gamba2 kitorang !

wif nadia ! at uma anis .

at kedai kerepek !

group folio sejarah 1

my group !


group neena n the gang .

nie da at uma jep . aku yang pink tu .

tu la jep ! sebok !

nie la aku . hehe .

wif anis @ kak yong !

ahaha . sweet la gamba nie !

gamba nie smart kan ?

wif neena !


okay sis , bro . sampai sini je . memang bez kembara ke rumah jep . hehe . kbyyeee !











Older Post | Newer Post
Big Owner


Assalamualaikum.
Navigate Around !
Home Me! Linkies Stuff FOLLOW
Let's Talk!


Big applause to...

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Re.Edit : Alya and Fea Exotics
Owner : Me ^^

This blue pink templates made by PrincessBunny. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Powered by Blogger.com.

Best View at GOOGLE CHROME!