Little Girl
Birthday Girl!
Tuesday, November 5, 2013 | 0Superstar (s)!


Hello. Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Hehe. Apa khabar kamu sekalian? Ana khabar baik sahaja. Tersangat LOL. Hmm act, dua hari yang lepas merupakan hari jadi aku. Nak di jadikan cerita, aku celebrate sehari sebelum iaitu pada 1 November 2013 bersama rakan-rakan tersayang. Ekekeke. 1 hb tu hari Jumaat. Sekolah aku ambik cuti. So, kitorang apa lagi. Merayap je la. Kami pergi ke Bahau. Bahau pun boleh lah setakat nak hang tu kan. Setelah mendapat persetujuan, kami pergi ke Bahau dengan menaiki van Palong Dayana. Hmm pun boleh. Kesemua sekali yang pergi berjumlah 12 orang. *Apa pasal ayat aku macam buat karangan BM ni? Skema semacam -_-

Okey. Kami sampai di sana dalam pukul 11 macam tu la. Tak ingat lah pulak. Hehe. Pastu, terus pergi Cinema. Kononnya nak tengok Highland Tower. Tapi kat sana tak ada lagi. Then, kami pilih untuk tengok cerita Insidious 2. Lepas beli tiket, kitorang ke tempat karaoke. Memandangkan kami ramai, kami memilih bilik VIP. Kau hade? Hahaha. Besar gila kau bilik dia. Kebetulan kat dinding bilik tu ada tulis 'HAPPY BIRTHDAY'. Okey sangatlah tu. Hahaha. Kitorang melalak satu jam je. Tu pun rasa macam tak puas. Hahaha.

Habis karaoke terus pergi Cinema. Hmm. Kan kitorang pergi hari Jumaat kan? So, Kiara tu clear daripada kaum Adam. Haha. Dalam panggung tu hanya ada kami 12 orang dan 2 orang perempuan. So, total 14 orang. Cerita dia, gila bapak kau seram nak mampus. Hahahaha. Terjerit-jerit habis la kitorang. Peduli apa kan. Tak ada orang. Habis movie tu dalam pukul 2 lebih. Kitorang pergi solat Zuhur dulu. Pastu, kononnya nak pergi la makan kat Marrybrown. Sekali, ramai orang daa. Kitorang pergi ke Nasi Ayam Gemas je. Pastu orang kat situ mula la pandang-pandang sebab kitorang ramai sangat. Eleh, peduli apa kitorang. Lantak lah hai.

Then dalam pukul 4 lebih kitorang bertolak balik. Orang van tu turunkan aku kat rumah Anis. Lepas semua orang balik, Anis ajak aku pergi kedai kek. Dia belanja kek! Hehe. Walaupun hanya kek slice, aku tak kisah. Aku tetap hargainya. Sayang kau Nis :*

Malam tu aku balik rumah Pedas. Tidur sana. Tepat 12 malam, orang wish. Hehe. Thanks korang :** Hmm. Ada sorang ni, tak ingat kat aku agaknya. Dia tak wish :'( K takpe. Maybe dia tengah berseronok kat sana. Tak apa. Aku okey :') Esoknya aku pergi Melaka. Pergi MITC dengan Mydin je. Huhuhu.

Hmmm tu je la story pasal Birthday Girl. Hahaha lol. Hadiah untuk tahun ini tiada. Hmm kk. Ha! Nak share something. Aku baru buat cover Tetap Menantimu - Nomad. Cover pertama dan video pertama yang di-upload di YouTube. Thanks to Wanny yang sudi buatkan vid ni. Nah tengoklah.




Sudi-sudikanlah tengok k. Kalau nak tinggalkan comment pun boleh. Hmm sorry sebab tak letakkan gambar kitorang hang. Gambar kat hp budak-budak ni. So, sampai di sini sahaja. Sekian :)

Happy Birthday To Nur Izzati Farzana binti Ismail! Dah tua dah aku ni :")






Older Post | Newer Post
Big Owner


Assalamualaikum.
Navigate Around !
Home Me! Linkies Stuff FOLLOW
Let's Talk!


Big applause to...

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Re.Edit : Alya and Fea Exotics
Owner : Me ^^

This blue pink templates made by PrincessBunny. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Powered by Blogger.com.

Best View at GOOGLE CHROME!