Little Girl
PERKAMPUNGAN PENULIS REMAJA
Sunday, December 1, 2013 | 0Superstar (s)!

Assalamualaikum peeps :)

Apa khabar? Aku hmm on the way nak demam. Dah bersin banyak kali. Act, aku baru balik dari Perkampungan Penulis Remaja di Bagan Lalang, Sepang. Kami bermalam di Hotel Seri Malaysia selama 5 hari 4 malam. Hmm kem ni sangat best! Act, aku pergi pun sebab akak aku yang ajak. Sekolah akak aku dalam negeri Kuala Lumpur. So, aku wakil Keyel lah. Nama aku dalam buku aturcara pun sekolah dekat SMK Puterijaya. Pun bolehh. Semua negeri ada kecuali Sarawak. Best (Y)

Sampai je kat sana, pergi lepak kat pantai tu dulu sebab check-in pukul 3. Makan dulu kat pantai tu. Best. Then, pilih bilik. 1st tu dia bagi sorang satu bilik sebab 1 bilik tu mesti ada wakil dari negeri lain. 1 bilik 3 orang. Roommate aku dari Pahang dengan Selangor. Nama dia Meyna dengan Suhailah. Okey la diorang. Baik dengan aku.

Petang tu kitorang minum petang. Then malam macam ice breaking la. Bagi-bagi kumpulan. Aku kumpulan 10. Shahnon Ahmad. Keesokan paginya pulak kena solat subuh berjemaah dekat surau. Nasib baik surau dekat je. Aku turun pukul 5.30. Ngantukk. Haha. Lepastu, siap-siap then pergi senaman pagi. Best lah. Pastu pergi breakfast kat dewan makan. Makanan kat situ sedap belaka. Al-maklumlah makanan hotellah katakan. HihihihI.

Then, dengar ceramah sampai pukul 12 tengahari. Makan tengahari dan solat. Pukul 2 masuk dewan balik. Dengar ceramah sampai pukul 5. Ceramah yang ada seperti puisi, pantun, cerpen, penulisan kreatif, berita, laporan. Aku ada buat sajak. Huhu. Petang tu ada aktiviti riadah. Ada aktiviti ala-ala sukaneka. Best sangat. Lelaki mewakili Team Shasha. Perempuan pulak Team Sazali. Haha. Kat sana, ayat "macam comel jer" sangat popular. Hehe.

Hari ketiga tu, kitorang senaman dekat pantai. Senaman ke? Haha just joging je. Lepastu, kitorang pergi ke Bukit Jugra. Melawat muzium balai polis lama. Eh ye ke? Aku tak ingat nama tempat tu. Hehe. Ada 6 bas semuanya. Aku bas 2. Kumpulan 10 (perempuan) dengan kumpulan 3 (lelaki). Masa pergi tu tengok cerita Highland Tower. Haha. Lepas pergi muzium tu, kitorang pergi Istana Sultan Alaidin. Ada 44 bilik. Memang besar gila lah istana tu. Lepastu pergi Kerepek House. Diorang borong sakan, Aku just beli jeli kelapa je. Hahahahaha.

Sampai hotel balik pukul 7 lebih. Memang rushing gila mandi time tu. Malam tu makan BBQ dengan cikgu-cikgu. Sedap-sedap jugaklah. Pastu masuk dewan. Malam tu kitorang kena buat laporan. Kena bentangkan dalam cara apa yang kitorang dah belajar selama kat sana. Kumpulan aku buat dalam bentuk sajak. Okey laa~

Esok tu, macam biasa lah senaman dan sarapan pagi. Then dengar ceramah yang terakhir iaitu cerpen. Dalam banyak-banyak ceramah, aku rasa ceramah yang tu paling best. Hahaha. Lepastu ada sesi refleksi diri. Komen-komen la pasal kem tu. Ada budak ni nyanyi lagu Sandiwara Cinta. Satu dewan tu nyanyi ramai-ramai. Best sangat.

Petang tu, ada raptai. Ada yang buat persembahan. Aku kena ambil sijil atas pentas. Wakil kontijen Kuala Lumpur. Ketaq jugak lah masa raptai tu. Hahahaha lol. Malam tu ada jemputan khas iaitu Timbalan Pendidikan 1. Aku tak ingat lah nama dia. Ada TV3 datang jugak. Kem ni masuk tv okeyy. Hahaha. Persembahan best sangat. Ada movie maker, bicara berirama, berita, lakonan, tarian, seloka, pantun. Lakonan yang paling best. Lawak gila. Haha. Masa ambil sijil tu takut jugaklah. Hahahaha.

Lepas habis semua tu, mulalah sesi bergambar. Kumpulan aku dapat anugerah kumpulan paling tabah. Tabah lah sangat. Hahahaha. Masing-masing bergambar. Tak lupa juga aku. Hihihihi. Malam tu diorang bising sangat. Menyanyi-nyanyi. Malam last la katakan. Ada yang bawa gitar. Tapi, aku tak join diorang sebab ngantuk sangat. Pagi tu, lepas sarapan ada yang dah balik. Sedih sangat time tu. Kitorang bersalam-salaman. Sedihh :'(

Dan kini, kami still contact. Duniakan dah maju? Wechat ada, Facebook ada, Twitter ada. Kat Wechat dengan Facebook siap ada group lagi tau. So, kesimpulan yang dapat diambil, aku dapat banyak ilmu sepanjang berada di kem tu. Aku dapat mantapkan lagi sajak yang aku buat tu. Mungkin satu hari nanti ada antara kami akan menjadi seorang sasterawan atau sasterawati. Mudah-mudahan. Tak lupa juga, aku dapat ramai kawan di sana. Ada 140 orang kan, so aku dapat 139 orang lagi kawan baru :)

So, di bawah ialah gambar-gambar yang bisa ku tontonkan pada kalian :')

Cari aku! Haha. Nampak gemuk mehh.

Last day :'(

With Noorly. Lepas ambil sijil :)

With cikgu-cikgu. Tudung purple sebalah kiri tu akak aku. Budak comel berbaju hijau tu Hazim. Comel :*

With Meyna :)

Kumpulan 10!

Tag yang wajib dipakai :)

Last day. With Meyna.

Last day with Suhailah.

Last day with my roommates :')

Last day with Noorly.

Me. Berkaca mata. Lain kan rupa aku?


So, that's all for today. Best sangat kem ni. Hope next year ada lagi :)

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Hanya doa tulus yang mengiringi. Terima kasih sahabat :')



Older Post | Newer Post
Big Owner


Assalamualaikum.
Navigate Around !
Home Me! Linkies Stuff FOLLOW
Let's Talk!


Big applause to...

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Syaf
Re.Edit : Alya and Fea Exotics
Owner : Me ^^

This blue pink templates made by PrincessBunny. The photogenic pictures taken at WeHeartit. Powered by Blogger.com.

Best View at GOOGLE CHROME!